|
|
| PENGENALAN
YAYASAN MELAKA |
Yayasan
Melaka merupakan sebuah badan berkanun peringkat
negeri yang telah ditubuhkan di bawah Enakmen
Yayasan Melaka 1984 (No. 4/1984) pada 15 September,
1984, hasil gabungan Yayasan Islam Melaka
dengan Yayasan Pelajaran Melaka yang beroperasi
di Muzium Lama, Jalan Kota, Melaka.
Memandangkan kepesatan pembangunan seterusnya,
Yayasan Melaka telah membina bangunan sendiri
setinggi 16 tingkat terletak Jalan Hang Tuah,
Melaka pada tahun 1993 dan siap sepenuhnya
pada Disember 1995. Pada Januari 1996 Yayasan
Melaka telah mula beroperasi sepenuhnya. Bangunan
tersebut pada masa itu disamping diduduki
oleh Yayasan, ia juga telah disewakan kepada
beberapa agensi kerajaan dan juga pihak swasta.
Bermula 1 ogos 2006, pejabat operasi Yayasan
Melaka telah berpindah ke Bangunan Institut
Bioteknologi Melaka di atas perancangan Kerajaan
Negeri yang ingin menjadikan Bangunan Yayasan
Melaka sebagai Kampus City. |
|
VISI
YAYASAN MELAKA |
|
Menjadi
Organisasi Unggul Untuk Membangunkan Masyarakat
Berilmu dan Budaya Maju Bagi Negeri Melaka. |
|
| MISI
YAYASAN MELAKA |
Membina Masyarakat Berilmu dan Berdaya Maju
Melalui Peningkatan
Jumlah dan Agihan Penerima Faedah Dari Program Yayasan Melaka
|
|
OBJEKTIF
YAYASAN MELAKA |
- Membantu Majlis
Agama Islam Melaka dalam
menyebarkan ajaran dan pendidikan Islam.
- Memberi
dan meluaskan kemudahan-kemudahan pelajaran
dan institusi pengajian tinggi.
- Memberi
pertolongan atau bantuan kepada Pertubuhan,Institusi
dan Individu bagi maksud Islam, Pelajaran,
Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.
- Memajukan
seni dan kebudayaan negeri Melaka.
- Memberi
bantuan kebajikan untuk meringankan bebanan
kepada ahli pasukan bersenjata, polis,
kakitangan kerajaan, keluarga individu-individu
yang di fikirkan perlu menerima bantuan.
- Memajukan
keusahawanan orang Melayu dalam bidang
ekonomi.
- Membantu
negeri Melaka dalam perkembangan sosial
dan ekonomi.
- Menambah
peluang pekerjaan melalui Biasiswa dan
Pinjaman Pelajaran Tinggi.
|
|
KOD
ETIKA YAYASAN MELAKA |
- Berbakti, Berwibawa, Berakhlak Teras
Kecemerlang
- Bergabung Tenaga Mencapai
Kejayaan
- Berusaha, Beramal, Beramanah
Untuk Maju
|
|
MOTTO
YAYASAN MELAKA |
|
Berbakti Menuju Kesejahteraan dan
Kecemerlangan |
PIAGAM
PELANGGAN YAYASAN MELAKA |
-
Menerima
dan menjawab setiap surat menyurat dalam
masa 3 hari
-
Mengambil tindakan ke atas segala aduan
mengenai bangunan dalam masa 24 jam
-
Memproses semua dokumen bayaran yang lengkap
dalam masa 5 hari
-
Memproses permohonan rumah dalam masa
3 hari
-
Memproses dan membuat keputusan untuk
tawaranseperti berikut:-
|
|
|
|