|
Yayasan
Melaka merupakan antara agensi kerajaan Negeri yang
terpenting di negeri ini dalam usaha menyumbang
ke arah pembangunan Negeri Melaka ke arah negeri
maju. Justeru itu, projek-projek pembangunan serta
skim-skim bantuan yang ditaja dan dikelolakan adalah
bermatlamatkan pembangunan Negeri Melaka.
Seterusnya
ia menjurus kepada pembangunan sumber manusia di
negeri ini khasnya dan negara amnya. Jika dahulu
Yayasan Melaka merupakan agensi kerajaan Negeri
Melaka yang hanya menumpukan kepada bidang pinjaman
pendidikan dan biasiswa sahaja, tetapi pada masa
kini Yayasan Melaka lebih menumpukan projek projek
pembangunan yang boleh menambahkan lagi pendapatan
agensi seperti Projek Pertanian, Projek Pembangunan
Hartanah, Sewaan Bangunan dan Projek Pendidikan.
Bagi bidang pinjaman pendidikan dan biasiswa telah
diuruskan oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka.
Yayasan Melaka hanya memberi sumbangan kewangan
kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka.
Akhir
sekali saya berharap semoga Yayasan Melaka akan
bertambah maju dan dapat membantu Kerajaan Negeri
dalam membangunkan Negeri Melaka ke arah Negeri
Maju pada tahun 2010.
Sekian.
"MELAWAT
MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA |